Friday, July 31, 2009

Suasana Tanding 26hb Julai di Tuaran

Salam Perpaduan! dan Salam Kemerdekaan ( mulai esok )....

Sungguhpun prtandingan di Tuaran minggu lalu (26hb julai 2009 ) dianjurkan secara sederhana, tetapi sambutan rakan-rakan peminat sungguh meriah. Pelbagai peringkat umur datang mewarnai acara yg dijalankan. Cuaca amat baik, cuma angin agak kuat, kebanyakan ayam susah nak tunjuk aksi sebenar! Dari awal hingga akhir, acara berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tahniah cikgu erwan (waneja) dan supporting team dari Persatuan Serama Papar atas usaha yg dilakukan.


( gambar: Pengadil dan pengelola sedang memeriksa aym bg mempastikan kesesuaian kategori )


Walaupun ada peminat yg tak bawa aym tp tetap datang memeriahkan acara. Ada yg bawa isteri, anak dn rakan-rakan.

Kali ini suasana agak berbeza kerana penyertaan beberapa ekor aym import dari Tganu, Kedah, Penang dan Kelantan yg bersaing dengan aym reban dari Sabah. Keputusannya seimbang, ayam Sabah dan ayam Impot sama-sama jadi juara dan mengungguli top 3 dan top 5.

Saksikan aksi-aksi pada hari tersebut....








SK mohon maaf tak dpt menyatakan kedudukan ranking aym sebab tak berapa pasti kedudukan sebenar. Takut tersilap fakta. Banyak lagi aksi menarik tp tk sempat dirakamkan kerana bateri kamera dah 'low charge'. Gmbar aym SK sendiri (atas meja) pun tak sempat diambil. Mungkin Cikgu Jai, Khusairi dan Erwan ada foto2 yg lebih jelas dan lebih byk. Lgpun SK tengok kamera diorang...fuh! super zoom dan mcm SLR je...mesti lebih clear dn cantik gmbar yg diambil.

Kepada yg menang tahniah! Yg tk menang pun syabas kerana turut serta dan tahniah buat semua yg hadir tempohari...HIDUP SERAMA !!!!!

No comments:

Post a Comment