Saturday, September 12, 2009

Bapak Ara + Induk Samarinda

Salam Ramadhan al-mubarak!

Nampaknya bulan Ramadhan yang berkat ini pun dah dekat nak sampai penghujungnya. Insya'allah lepas raya aidilfitri nanti, akan bermulalah kembali bon-bon serama. Maklumlah dah sebulan berehat...

Tak sabar rasanya nak upload gambar terkini 2 ekor ank ayam SK yg sekarang berusia sebulan. Tapi cutting dan potensi tak nmpak lagi. So, tangguh dulu nmpaknya. Kali ni SK nak masuk foto mak dan bpk diorang dulu.

Di sebelah ni adalah aym yg berasal dari Tganu dn bakanya tak berapa jelas (dah bercmpur-campur). Byk telur benih bpk ni yg mati sebelum netas. Sekali ni pun cuma 2 biji jer yg hidup. Bpk ni tak prnah dibawa tnding sbb ada beberapa kekurangan yg tak memuaskan hati SK sendiri.


Ini pulak induk yg asal-usul keturunannya dikenali sbg 'Samarinda'. Induk ni SK dapat dari Sabah jugak. Banyak kali bertelur, tapi baru kali ni ada yang menetas. Tu pun tumpang eram dengan induk lain.

Kedua-dua bpk dan induk adalah aym tarik tapi ank yang dua ekor tu entahlah nanti. Warna pun macam lain sikit daripada mak bapak diorang.

Begitulah keunikan menternak serama nie. Bukan sahaja warna anak kadang tu berbeza dengan mak bapak dia, tetapi cutting dan gaya pun kadang berbeza. Ada yang mak bapak tak cantik tapi dapat anak-anak yang cantik bergaya. Ada yang mak bapak dia cantik bahkan pernah juara tapi dapat anak biasa-biasa aje.Ada pulak anak ayam yang tetasan pertama cantik tapi tetasan yang seterusnya tak sama.

Begitulah hobi menternak serama ni. Kalau tak sabar memang pening jugak kepala dibuatnya. Mungkin juga boleh tension dan geram sebab duit, masa dan tenaga dah banyak dicurahkan!!
PATIENCE IS GOLDEN ! Ramadhan dah mengajar kita... SABARRR!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...

Saturday, September 5, 2009

Selamat Tinggal Punggawa!


Salam 1 Malaysia.

Tak banyak yang dapat SK citer kali ni. Sekadar memaparkan foto terakhir aym SK yg penah jadi Juara A Papar 2008 iaitu Punggawa. Beberapa hari lalu, SK tengok aym tu diam tak bersemangat je. Esoknya awal pagi SK dapati dah keras pun. Yg mengharukan sebab ia mati dalam keadaan duduk tegak serta mata terbuka pulak tu! Gitulah adat bermain benda bernyawa nie... dah sampai masa, matilah jua.



Sebenarnya kejadian spt ni dah bbrapa kali SK alami. Ada sekali tu, aym sihat walafiat je. Tup-tup esoknya... dah tak bernyawa. Sbg peminat kita kena sedia menghadapi risiko sedemikian. Jika boleh sempat dapat zuriat, syukur...rezekilah tu. Jika tak sempat...sabar je lah! Terutama sekali jika yg mati tu dibeli dengan modal yg besar... SABAR BANYAK2 !