Thursday, July 23, 2009

Panasss....Panasssss bah!

Akhir-akhir ni cuaca agak panas di Sabah. SK yg bertugas di Tuaran jugak terasa bahang El Nino semakin kuat. Baru-baru ni, selepas panas beberapa hari, angin pun bertiup kencang diikuti hujan yg amat lebat menjelang petang ke awal malam hari. Keesokannya disiarkan berita beberapa buah rumah dan bangunan sekolah hilang bumbung ditiup angin kencang. Kecoh...sehingga ada yg mengandaikan kemungkinan berlaku lagi 'tsunami' kali ini.

Satu lagi ialah kehangatan lain pulak... jeng jeng jeng! Bahang pertandingan Tuaran Serama Open 2009 semakin dirasai tp takdalah sampai angin bertiup kencang. Cuma, sana-sini rakan-rakan mulai menilik dan merenung cermin hikmat... ( Dialognya: "wahai cermin sakti...aym siapakah yg jd juara kali ni? Apa...bukan aym aku? ayam siapa....ayam siapa???????") Hehehe, sbnarnya itu cuma dialog imaginasi jer. jgnlah pulak smpai benar2 berlaku pd mana2 rakan. Takut2 nanti jadi ****dn trpaksa melawat Hospital Mesra! Na'uzubillahi min zalik...

SK akan paparkan kemudian video salah sekor muda yg akan mencuba nasib pada 26hb Julai nanti. Abgnya akan main A, bapaknya akan main B dn mngkin adiknya akan main anak. Ewah2...satu famili nmpaknya! Tunggu....

No comments:

Post a Comment