Friday, July 3, 2009

Serama Pertamaku!


Pengalaman SK mulai jatuh hati pada spesies serama ni ialah pada tahun 2001. Satu petang SK ketika sedang menonton rancangan TV 'Asia Hebat' dipaparkan tentang ayam serama. Dalam rancangan itu dipaparkan ayam serama ( cutting dulu-dulu... ) termasuklah temubual bersama Pak Hussin Kijang dan beberapa penternak di Kelantan. Dipendekkan citer, SK pun mula mencari dan terjumpalah ayam yang ditulis kat tepi kurungan ' Serama untuk dijual' di sebuah pasar tamu di daerah Tawau.


Rupa-rupanya yang SK beli tu, adalah AYAM KAPAN. Sehinggalah SK melayari internet dan terbaca dan melihat gambar-gambar serama terutamanya baka Husin 2000 dan Mat Awang. Pada tahun 2004, akhirnya SK berkenalan dan selepas tu berurusan melalui emel dan sms dengan seorang penggiat serama dari K.Trengganu. Akhirnya dapatlah SK terbangkan sepasang serama yang dikatakan baka tiga darah ( Mat Awang ). Inilah serama pertamaku...di beri nama Sri Kuningan. Ayam ni dah takda. Dengan SK sekarang cuma ada sekor anak jantannya. Kat kawan masih ada lagi cucu dan mungkin juga cicitnya. Tapi dah lama sangat SK tak jenguk reban diorang.
p/s: Pada otai-otai, apa komen tentang ayam baka Mat Awang ni?
Baguss bah!

No comments:

Post a Comment