Sunday, December 12, 2010

Baka Keruwak Mr.Os


Inilah rupa jantan remaja hitam metalik yg SKinabalu dapat daripada saudara Os, Kg.Petagas. Baka ini tak dapat dikesan daripada baka asal mana. Tapi leluhurnya dulu diimpot dari Semenanjung Malaysia juga. Kini telah memasuki usia muda. Baka Keruwak adalah nama baka yang diberi di sini sebab warnanya hitam seperti burung Keruwak, sejenis burung di Sabah.

Pada post akan datang, foto muda akan di'upload' untuk tatapan Mr.X dan Mafia Inc.

....

Friday, December 10, 2010

usia remaja ...muda




Usia remaja lagi...


Kuning pada usia muda.... ikut tanding Tuaran 2010, dpt no.4 induk jer...


....

Monday, December 6, 2010

Masa usia anak...


Kedua-dua foto ini adalah anak tina yang sekarang dah pun jadi induk dewasa. Yang atas ni dah menghasilkan 4 biji telur dan sedang mengeram. Manakala yang di bawah pulak, baru bertelur sebiji. Anak-anaknya jadi ke tidak, tak tahu lagi. Harap2 boleh menghasilkan zuriat yang cantik bergaya pada masa akan datang. Asal-usul dua ekor ni adalah daripada seorang breeder yg 'low-profiled' dari Tganu kite!


Pada post akan datang, SKinabalu akan masukkan foto dua ekor ni pada usia muda.

Sunday, December 5, 2010

WAJAH BARU BLOG...

Tahun 2010 ni, banyak anugerah SKinabalu terima daripada Allah swt. Berjaya menyelesaikan pengajian dan beroleh ijazah sarjana... dapat 12 ekor anak ayam baru (10 jer yg masih idup) dan semalam dapat tahu permohonan bertukar balik ke daerah asal (Lahad Datu) juga diluluskan oleh Jabatan.

Sebab itulah... blog ni pun telah di'upgrade' sikit dengan wajah baru. Lepas ni nak upload gambar atau video perkembangan anak serama tetasan reban sendiri. Harap ada yg menjadi... amin!

Friday, December 3, 2010

Ntah apa nak jadi?


PRODUK HASIL REBAN SENDIRI... setakat ni belum parking lagi. Gaya pun masih belunjor.

Saturday, July 24, 2010

Induk remaja



Salam Mesra,

Induk remaja ni adalah pemberian seorang rakan dari Keramat. Walaupun tak cantik mana, SK bersyukur kerana difahamkan induk remaja ni asal-usulnya dari keturunan baik2 juga adanya. SK bagi nama induk ni 'GADING SARI'.


Yang kat bawah ni pulak ialah foto anak-anak kepada Induk Gajah. Ada empat ekor je anak kandung dia. Sekor lagi adalah anak angkat (tumpang). Tapi nampaknya Induk Gajah sudi terima dan mencurahkan kasih sayang tak berbelah bahagi seperti anak sendiri...Hehehe.


Tak sabar nak tunggu anak-anak ni membesar. Mungkinkah akan jadi besar seperti ibunya? Itulah persoalan yang belum dapat diramal jawapannya.... TUNGGU JE LAH!

PENANTIAN ITU 'WAT SUSPEN JE !
HEHEHE....


...

Wednesday, July 21, 2010

INDUK GAJAH

Aslkum ww & Salam Sejahtera.



Inilah foto terkini antara induk kesayangan yg SK gelar 'Induk Gajah'. Gelaran ini diberi kerana saiznya yang besar hampir menyamai ayam kampung. Beberapa hari lalu, telur induk ini telah menetas dan SK sungguh gembira, kerana ini adalah kali ke 2, telur serama SK menetas untuk tahun ni. Induk ni tak cantik mana. Cuma bulu agak kemas dan balung batang mancis yg kecil. Sama-samalah kita tunggu bagaimana anak-anaknya bila membesar nanti. Mudah-mudahan panjang umur anak-anak serama SK kali ini.

Tuesday, June 15, 2010

Rakan baru & Sifu

Salam 1 Serama, 1 Malaysia....

Baru-baru ni SKinabalu berkesempatan mengunjungi reban rakan di semenanjung. Dapatlah juga berkenalan dan melihat serama diorang yang cantik2. Sempatlah jugak menuntut sedikit ilmu dan petua berkaitan pemeliharaan dan latihan serama. Terima kasih kepada sdr Jas Penang dari Gelugoq krn sudi jadi sahabat.... dan Otai Adham Seri Gading dari Keramat kerana sudi jadi sifu... hehehe

Abang Adham (Seri Gading)


Saudara Jasni (Jas Penang)

p/s: Abang Adham & Jas... Maaf bebanyak, gambar kurang cun. Maklumlah kat Gelugoq petang tu hujan lebat. Kat Keramat pulak... budak darjah dua yg tangkap gambar. Kamera pulak jenis murah dan dah nak rosak pulak tu... huhuhh.

Tuesday, June 8, 2010

Barang Baik...

Salam Mesra...

Antara impian SKinabalu ialah... memiliki induk yang cantik dari baka terpilih serta boleh pulak menghasilkan anak2 yang cantik. Untuk memiliki barang baik seperti itu adalah bukan mudah. Kalau pun dapat ditemui di reban otai-otai ternama... memang sukar untuk dilepaskan!! Induk di bawah adalah contoh barang baik milik seorang otai yang dikenali ramai. Induk tarik selam gegar dan bergaya. Anak2 yg terhasil pun hebat! Tapi jangan salah faham, induk ni tiada di reban SKinabalu.



Anak Tina B yang di bawah ini juga mempunyai susur galur daripada reban otai tersebut. Kalaulah boleh menghasilkan anak2 yg cantik satu hari nanti... memang bertuah pemilik serama cilik ini...
p/s: SKinabalu mohon maaf banyak2 kepada pemilik ayam sebab 'upload' foto tanpa terlebih dahulu memohon izin. Bagaimanapun... nama dan identiti otai tersebut tidak akan didedahkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.


Serama buatan Malaysia.

Tuesday, May 25, 2010

The 3rd...


Gambar anak yang ke-3 netas kat reban yang diambil ketika berumur 3 hari. Entah macam mana rupanya bila besar nanti. Kata kawan2.... rupa ayam jugak tu! Hahaha...

.....

Sunday, May 23, 2010

Syukur....

Salam Muhibah! Oh ya, akhir-akhir ni SK dapati ada beberapa rakan yang menggunakan 'SK' sebagai singkatan nama mewakili nama pemilik blog. Antaranya ialah Serama King dan Serama Keramat. Oleh itu, mulai hari ini, Serama Kinabalu akan menggunakan singkatan 'SKin' bagi mengelakkan kekeliruan.

2 hari lepas, salah sekor induk SKin menetaskan sekor anak daripada 5 biji telur. Induk ni pernah beretlur dn mengeram sebelum ni tp tak ada yang netas. Pagi ni, induk dah tak nak eram lagi (nak temankan anak cari makan) So, Skin pindahkan telur kepada ibu tumpang.

Sejak tahun 2006 hingga kini... inilah anak ayam ke-3 yang lahir kat reban SKin. Bayangkan betapa sedikitnya. Dalam tempoh berkenaan lebih 100 biji pernah dieram. Tapi yang netas dan hidup cuma 3 ekor... Yang paling baru ni pun tak tau lagi panjang tak umurnya! Bagaimanapun SKin bersyukur atas pemberian-NYA !

Kalau dah kuat dan ceria, SKin akan upload gam,bar anak baru ni.... tapi kalau tak cantik, jangan marah ye!

..

Thursday, April 29, 2010

KURANG JAGA!


Salam Damai 1 Malaysia.

Entry kali ini, Sk masukkan foto adik beradik kuning yang dipaparkan sebelum ni. Dari segi cutting ada sedikit perbezaan walaupun diorang adik beradik seibu sebapak. Maaflah, dah lebih 2 bulan tak bagi mandi. Memang kusut abis! Sebelum ni remaja ni agak 'ayu' tapi baru-baru jer datang perangai galak dia. Mungkin kalau cukup penjagaan.... ia akan tunjukkan potensinya sebenar! Wallahu a'lam.

Sunday, April 18, 2010

Dalam Penantian...

SALAM MESRA...

Pagi tadi SK masukkan gambar remaja tok uban yg jarang-jarang bergaya. Yang ni pulak ialah remaja yg SK beli dpd sorang rakan masa umurnya baru 3 minggu. Difahamkan ibu bapaknya adalah dari darah juara dan baka terpilih.

Rmaja ni memang galak terutama bila dekat induk (darah remaja... faham-faham je lah ). Cuma buat masa ni belum buat gaya tarik dia. Tu yang SK masih dalam penantian nak tengok aksi bergayanya. Bapak remaja ni memang bergaya habis... harap2 turun kat anak bakat tu...

Gaya tak konsisten

Salam 1 Malaysia.
Sedih jugak sebab selepas induk Tok Uban di reban SK mati minggu lalu, beberapa hari kemudian mati pulak bapak Tok Uban. Nasib baik dapat sekor anak yg menjadi satu-satunya baka TU kat reban SK. Inilah anak remaja tu yang baru nak belajar bergaya. Tapi gaya tak begitu konsisten. Kadang bergaya, kadang macam tunggul kayu jer!

Tak boleh nak lawan ayam kawan-kawan yang ternyata hebat dan terpilih...

Friday, March 12, 2010

Tak menjadi pun!

Salam 1 Malaysia.

Ada kawan2 yg minta SK upload gambar terkini 'anak yg diminta-minta'. SK berat hati sebab nmpaknya aym tu tak menjadi. Tapi kerana kawan2 yg berkenaan tinggal jauh drp rumah SK (tak dpt melawat reban)... terpaksalah juga SK masukkan .



Jika dibandingkan dgn bapak diorang, mmg jauh ke belakang. Terutama dari segi gaya. Tp tak mengapa, minat punya pasal... simpan jer! Bukan apa hasil reban sendiri jugak pun... Yang sekor ni lagi teruk!


Gitu lah hasil reban SK yg masih ketinggalan. Mungkin tak ada langsung dari keturunan juara-juara. Takpa...usaha akan tetap diteruskan.

Saturday, March 6, 2010

SALAM 2010

Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan....

Setelah lama tidak upload apa-apa berita... baru hari ni SK dapat meluangkan masa untuk kemaskini blog ini. Alhamdulillah, pengajian Sarjana (Master) yang SK ikuti sejak 2008, dah 90% disempurnakan. Insya'allah Oktober 2010 ini, akan konvokesyen. Penat dan sibuk memanjang hinggakan nak pegang serama pun dah tak sempat.

Oh ya, kelmarin dapat call dari kawan d Smenanjung bertanya khabar ayam di reban SK. Tak banyak perkembangan sebenarnya. Ayam baru ada beberapa ekor je anak yg sedang naik remaja. Tak seberapa power nmpaknya. Mungkin kurang penjagaan! Sekor tu mcm ada darah Tok Uban je ( Lihat foto sebelah ).Tapi SK tak berani confirm. Maklumlah bab mengenal baka ni, SK masih mentah dan tiada pengalaman. Tolong bagi pandangan, OK.

Dan buat kali pertama jugak, SK mengalami masalah ayam yang leher dia jadi berpintal. Kepala aym terpusing ke bawah. Tak tau nak buat apa??

Kesian kat remaja ni, payah nak makan dan minum. Foto yang ditunjukkan ni, kira posisi yang baik. Pada kebanyakan masa, terpulas habis. Bagaimana nak rawat ni? Tolonglah bagi panduan pada SK!!