Tuesday, July 21, 2009

Projek Rahsia!

Salam Perpaduan !

Kali ni SK nak citer sikit tentang rakan-rakan yang diam2 tu buat projek rahsia. Bila kita dtg reban dia, takdapun aym yang power. Tup-tup bila tanding je, aym dia bawak bukan main power lah pulak! Kes ni berlaku sebab kawan tu ada simpan aym kat rumah org lain yg tak begitu dikenali ramai.

Ada orang yang bela serama tapi tak prnah ikut tanding sebab dia anggap aym dari reban dia belum cukup power. Ada yg memang tak minat langsung tanding, cuma nak proses dan jual aym je. Ada kawan yang suka sangat tanding, kalau takda aym cntik, pegilah survey reban org lain, nasib baik dpt juga sekor dua utk bawak main. Tak kisahlah mcm mana pun, itu pilihan masing2. Tapi klu dpt join tanding, bagus jugak. Bolehlah support sikit penganjuran. Terutama klu senjata yang disimpan secara sulit tu dah menunjukkan powernya... bawaklah keluar. Bikin kejutan bah!

Tanding ni ada macam-macam citer! Kdg tu aym yg kita target boleh juara, kat rumah bergaya maut, tup-tup kat meja tanding dia buat bodoh je. Habis!! Kdg tu aym yg kita bawak sekadar harap dpt cabutan bertuah, tup-tup keluar gaya yg tak diduga semasa beraksi depan pengadil. Gitu lah yg SK dengar banyak berlaku di arena prtandingan. Nasib kekadang menentukan. Aym SK yg saudara Rusdi sebut tu sbg contoh. Oleh sebab tk dpt gi tanding, SK kirim je dgn kawan sekadar saja2. Bila kwn tu call bgtau aym tu juara A, mati2 SK tak prcaya. Pengadil silap bg markah ke apa? Tp itulah yg berlaku...

So, hantar je aym tu, kot2 ada rezeki, tk dpt ranking, mgkin dpt hamper!

No comments:

Post a Comment