Friday, March 12, 2010

Tak menjadi pun!

Salam 1 Malaysia.

Ada kawan2 yg minta SK upload gambar terkini 'anak yg diminta-minta'. SK berat hati sebab nmpaknya aym tu tak menjadi. Tapi kerana kawan2 yg berkenaan tinggal jauh drp rumah SK (tak dpt melawat reban)... terpaksalah juga SK masukkan .



Jika dibandingkan dgn bapak diorang, mmg jauh ke belakang. Terutama dari segi gaya. Tp tak mengapa, minat punya pasal... simpan jer! Bukan apa hasil reban sendiri jugak pun... Yang sekor ni lagi teruk!


Gitu lah hasil reban SK yg masih ketinggalan. Mungkin tak ada langsung dari keturunan juara-juara. Takpa...usaha akan tetap diteruskan.

Saturday, March 6, 2010

SALAM 2010

Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan....

Setelah lama tidak upload apa-apa berita... baru hari ni SK dapat meluangkan masa untuk kemaskini blog ini. Alhamdulillah, pengajian Sarjana (Master) yang SK ikuti sejak 2008, dah 90% disempurnakan. Insya'allah Oktober 2010 ini, akan konvokesyen. Penat dan sibuk memanjang hinggakan nak pegang serama pun dah tak sempat.

Oh ya, kelmarin dapat call dari kawan d Smenanjung bertanya khabar ayam di reban SK. Tak banyak perkembangan sebenarnya. Ayam baru ada beberapa ekor je anak yg sedang naik remaja. Tak seberapa power nmpaknya. Mungkin kurang penjagaan! Sekor tu mcm ada darah Tok Uban je ( Lihat foto sebelah ).Tapi SK tak berani confirm. Maklumlah bab mengenal baka ni, SK masih mentah dan tiada pengalaman. Tolong bagi pandangan, OK.

Dan buat kali pertama jugak, SK mengalami masalah ayam yang leher dia jadi berpintal. Kepala aym terpusing ke bawah. Tak tau nak buat apa??

Kesian kat remaja ni, payah nak makan dan minum. Foto yang ditunjukkan ni, kira posisi yang baik. Pada kebanyakan masa, terpulas habis. Bagaimana nak rawat ni? Tolonglah bagi panduan pada SK!!