Saturday, July 4, 2009

Pertandingan Serama Terbuka Tuaran 2009

Salam perpaduan buat semua...

Insya'allah jika tiada aral melintang, pada 26hb Julai akan datang, satu pertandingan seni kecantikan Serama akan diadakan di Gelangang Bola Keranjang, Padang Bandaran, Tuaran. Kategori yang dicadangkan ialah Anak A & B, Remaja, ABS, Induk dan Serama A & B. Boleh dikatakan inilah julung kali pertandingan serama diadakan di daerah ini, sejak zaman kemalapan hobi ini di Sabah beberapa tahun lalu.

Dengan itu, akan bertambahlah lagi bilangan pertandingan yang sebelum ini hanya dianjurkan di daerah Papar, Kota Belud dan Kota Kinabalu. SK mewakili penganjur mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan peminat seluruh Sabah, sekitar Lawas dan Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam. Soal kalah menang memang penting, tapi di samping tu dapat membina hubungan rapat antara peminat serta dapat membantu mempopularkan lagi hobi ini. Barulah lebih ramai akan membela serama... market pun lebih meluas!



Gambar ni adalah gadis-gadis atau kat sini dipanggil 'Sumandak' keturunan Lotud yang merupakan penduduk tempatan dari etnik KadazanDusun yang paling ramai di daerah Tuaran. Perhatikan pakaian tradisi yang digunakan. Kat atas kepala tu, ada hiasan (head gear) yang diperbuat daripada bulu ayam... tapi rasanya bukan daripada bulu serama!

Senyuman manis menanti kedatangan anda. Datanglah beramai-ramai. Kebetulan hari Ahad kat pekan ni ada pasar Tamu.


Datang... jangan tak datang !

SK.

No comments:

Post a Comment