Saturday, July 24, 2010

Induk remaja



Salam Mesra,

Induk remaja ni adalah pemberian seorang rakan dari Keramat. Walaupun tak cantik mana, SK bersyukur kerana difahamkan induk remaja ni asal-usulnya dari keturunan baik2 juga adanya. SK bagi nama induk ni 'GADING SARI'.


Yang kat bawah ni pulak ialah foto anak-anak kepada Induk Gajah. Ada empat ekor je anak kandung dia. Sekor lagi adalah anak angkat (tumpang). Tapi nampaknya Induk Gajah sudi terima dan mencurahkan kasih sayang tak berbelah bahagi seperti anak sendiri...Hehehe.


Tak sabar nak tunggu anak-anak ni membesar. Mungkinkah akan jadi besar seperti ibunya? Itulah persoalan yang belum dapat diramal jawapannya.... TUNGGU JE LAH!

PENANTIAN ITU 'WAT SUSPEN JE !
HEHEHE....


...

Wednesday, July 21, 2010

INDUK GAJAH

Aslkum ww & Salam Sejahtera.



Inilah foto terkini antara induk kesayangan yg SK gelar 'Induk Gajah'. Gelaran ini diberi kerana saiznya yang besar hampir menyamai ayam kampung. Beberapa hari lalu, telur induk ini telah menetas dan SK sungguh gembira, kerana ini adalah kali ke 2, telur serama SK menetas untuk tahun ni. Induk ni tak cantik mana. Cuma bulu agak kemas dan balung batang mancis yg kecil. Sama-samalah kita tunggu bagaimana anak-anaknya bila membesar nanti. Mudah-mudahan panjang umur anak-anak serama SK kali ini.