Tuesday, June 15, 2010

Rakan baru & Sifu

Salam 1 Serama, 1 Malaysia....

Baru-baru ni SKinabalu berkesempatan mengunjungi reban rakan di semenanjung. Dapatlah juga berkenalan dan melihat serama diorang yang cantik2. Sempatlah jugak menuntut sedikit ilmu dan petua berkaitan pemeliharaan dan latihan serama. Terima kasih kepada sdr Jas Penang dari Gelugoq krn sudi jadi sahabat.... dan Otai Adham Seri Gading dari Keramat kerana sudi jadi sifu... hehehe

Abang Adham (Seri Gading)


Saudara Jasni (Jas Penang)

p/s: Abang Adham & Jas... Maaf bebanyak, gambar kurang cun. Maklumlah kat Gelugoq petang tu hujan lebat. Kat Keramat pulak... budak darjah dua yg tangkap gambar. Kamera pulak jenis murah dan dah nak rosak pulak tu... huhuhh.

Tuesday, June 8, 2010

Barang Baik...

Salam Mesra...

Antara impian SKinabalu ialah... memiliki induk yang cantik dari baka terpilih serta boleh pulak menghasilkan anak2 yang cantik. Untuk memiliki barang baik seperti itu adalah bukan mudah. Kalau pun dapat ditemui di reban otai-otai ternama... memang sukar untuk dilepaskan!! Induk di bawah adalah contoh barang baik milik seorang otai yang dikenali ramai. Induk tarik selam gegar dan bergaya. Anak2 yg terhasil pun hebat! Tapi jangan salah faham, induk ni tiada di reban SKinabalu.



Anak Tina B yang di bawah ini juga mempunyai susur galur daripada reban otai tersebut. Kalaulah boleh menghasilkan anak2 yg cantik satu hari nanti... memang bertuah pemilik serama cilik ini...
p/s: SKinabalu mohon maaf banyak2 kepada pemilik ayam sebab 'upload' foto tanpa terlebih dahulu memohon izin. Bagaimanapun... nama dan identiti otai tersebut tidak akan didedahkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.


Serama buatan Malaysia.