Friday, July 31, 2009

Suasana Tanding 26hb Julai di Tuaran

Salam Perpaduan! dan Salam Kemerdekaan ( mulai esok )....

Sungguhpun prtandingan di Tuaran minggu lalu (26hb julai 2009 ) dianjurkan secara sederhana, tetapi sambutan rakan-rakan peminat sungguh meriah. Pelbagai peringkat umur datang mewarnai acara yg dijalankan. Cuaca amat baik, cuma angin agak kuat, kebanyakan ayam susah nak tunjuk aksi sebenar! Dari awal hingga akhir, acara berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tahniah cikgu erwan (waneja) dan supporting team dari Persatuan Serama Papar atas usaha yg dilakukan.


( gambar: Pengadil dan pengelola sedang memeriksa aym bg mempastikan kesesuaian kategori )


Walaupun ada peminat yg tak bawa aym tp tetap datang memeriahkan acara. Ada yg bawa isteri, anak dn rakan-rakan.

Kali ini suasana agak berbeza kerana penyertaan beberapa ekor aym import dari Tganu, Kedah, Penang dan Kelantan yg bersaing dengan aym reban dari Sabah. Keputusannya seimbang, ayam Sabah dan ayam Impot sama-sama jadi juara dan mengungguli top 3 dan top 5.

Saksikan aksi-aksi pada hari tersebut....








SK mohon maaf tak dpt menyatakan kedudukan ranking aym sebab tak berapa pasti kedudukan sebenar. Takut tersilap fakta. Banyak lagi aksi menarik tp tk sempat dirakamkan kerana bateri kamera dah 'low charge'. Gmbar aym SK sendiri (atas meja) pun tak sempat diambil. Mungkin Cikgu Jai, Khusairi dan Erwan ada foto2 yg lebih jelas dan lebih byk. Lgpun SK tengok kamera diorang...fuh! super zoom dan mcm SLR je...mesti lebih clear dn cantik gmbar yg diambil.

Kepada yg menang tahniah! Yg tk menang pun syabas kerana turut serta dan tahniah buat semua yg hadir tempohari...HIDUP SERAMA !!!!!

Thursday, July 23, 2009

Panasss....Panasssss bah!

Akhir-akhir ni cuaca agak panas di Sabah. SK yg bertugas di Tuaran jugak terasa bahang El Nino semakin kuat. Baru-baru ni, selepas panas beberapa hari, angin pun bertiup kencang diikuti hujan yg amat lebat menjelang petang ke awal malam hari. Keesokannya disiarkan berita beberapa buah rumah dan bangunan sekolah hilang bumbung ditiup angin kencang. Kecoh...sehingga ada yg mengandaikan kemungkinan berlaku lagi 'tsunami' kali ini.

Satu lagi ialah kehangatan lain pulak... jeng jeng jeng! Bahang pertandingan Tuaran Serama Open 2009 semakin dirasai tp takdalah sampai angin bertiup kencang. Cuma, sana-sini rakan-rakan mulai menilik dan merenung cermin hikmat... ( Dialognya: "wahai cermin sakti...aym siapakah yg jd juara kali ni? Apa...bukan aym aku? ayam siapa....ayam siapa???????") Hehehe, sbnarnya itu cuma dialog imaginasi jer. jgnlah pulak smpai benar2 berlaku pd mana2 rakan. Takut2 nanti jadi ****dn trpaksa melawat Hospital Mesra! Na'uzubillahi min zalik...

SK akan paparkan kemudian video salah sekor muda yg akan mencuba nasib pada 26hb Julai nanti. Abgnya akan main A, bapaknya akan main B dn mngkin adiknya akan main anak. Ewah2...satu famili nmpaknya! Tunggu....

Tuesday, July 21, 2009

Gambar Penternak Sohor!




Salam Perpaduan dunia serama!




Seperti yg SK pernah nyatakan sebelum ni, bermulalah paparan foto peminat dn penternak yg pernah SK kenali. Ada antaranya telahpun mencipta nama yang gah dn ada juga yg baru berjinak-jinak dlm pemeliharaan dn penternakan. Tak kisahlah, bagi SK semua sama jer. Minat kita serupa, suka membela dan membelai haiwan kesayangan yang dikenali sebagi SERAMA.

Foto di atas ialah SK bersama salah seorang penternak yang tersohor dan dikenali dengan jenama 'Lawi Emas'. Inilah Dr.Haji Jaafar (yg bermisai, janggut dan jambang comel tu!) Satu ketika dulu sgt terkenal dgn aymnya yg bernama 'Sri Maharaja'. Hari ni aym2 beliau pun makin hebat. Reban beliau di Bandar Baru Bangi nmpak simple jerr tp aym yg kuar...sampai tk sempat penuhi permintaan peminat yg inginkan hasil rebannya.


Foto yg satu ni pulak adalah dua org pnternak yg terkenal juga terutama di pantai barat Sabah. Gambar ni SK ambik ketika berkunjung ke reban salah sorang dpd mereka di daerah Papar. Tengoklah tu, dengan pakaian formal (baru balik mengajar bah!)...terus je ke reban .

Yg berseluar hitam tu Cikgu Ismail dn yg sebelahnya tu Cikgu Putra. Mereka ni geng keras, dn sama2 sering mengungguli pertandingan.

p/s: Sori ckg Mail, gmbar lama ni. Tp ok jgk mengimbas semula wajah beberapa tahun lepas kan...







PUNGGAWA



Atas permintaan sdr Rusdi, SK upload foto di sebelah. Inilah rupa aym SK tu skrg. Selepas setahun mnjadi Juara A Papar 2008 (nasib2 je tu!), aym ni dh jadi besar (saiz B), gaya dia pun dah merosot. Setahun duduk dengan induk, breeding konon tp sekor anak pun tk prnah dpt lg.



Tengoklah tu, berserabut! Dah berbulan-bulan tak prnah mandi. Kali ni klu ikut tanding, sure 'out' aym SK nie...

Ini pulak adalah salah sekor 'senjata rahsia' kwn kita. Nama aym ni Jebat. Bapak dia hebat jugak dulu dikenali dengan nama Kasturi. Kalau Jebat turun padang 26hb ni, silap-silap... Entahlah SK tak berani komen lebih2. Rezeki kita tak tahu... yang penting cuba dulu bah!



Projek Rahsia!

Salam Perpaduan !

Kali ni SK nak citer sikit tentang rakan-rakan yang diam2 tu buat projek rahsia. Bila kita dtg reban dia, takdapun aym yang power. Tup-tup bila tanding je, aym dia bawak bukan main power lah pulak! Kes ni berlaku sebab kawan tu ada simpan aym kat rumah org lain yg tak begitu dikenali ramai.

Ada orang yang bela serama tapi tak prnah ikut tanding sebab dia anggap aym dari reban dia belum cukup power. Ada yg memang tak minat langsung tanding, cuma nak proses dan jual aym je. Ada kawan yang suka sangat tanding, kalau takda aym cntik, pegilah survey reban org lain, nasib baik dpt juga sekor dua utk bawak main. Tak kisahlah mcm mana pun, itu pilihan masing2. Tapi klu dpt join tanding, bagus jugak. Bolehlah support sikit penganjuran. Terutama klu senjata yang disimpan secara sulit tu dah menunjukkan powernya... bawaklah keluar. Bikin kejutan bah!

Tanding ni ada macam-macam citer! Kdg tu aym yg kita target boleh juara, kat rumah bergaya maut, tup-tup kat meja tanding dia buat bodoh je. Habis!! Kdg tu aym yg kita bawak sekadar harap dpt cabutan bertuah, tup-tup keluar gaya yg tak diduga semasa beraksi depan pengadil. Gitu lah yg SK dengar banyak berlaku di arena prtandingan. Nasib kekadang menentukan. Aym SK yg saudara Rusdi sebut tu sbg contoh. Oleh sebab tk dpt gi tanding, SK kirim je dgn kawan sekadar saja2. Bila kwn tu call bgtau aym tu juara A, mati2 SK tak prcaya. Pengadil silap bg markah ke apa? Tp itulah yg berlaku...

So, hantar je aym tu, kot2 ada rezeki, tk dpt ranking, mgkin dpt hamper!

Sunday, July 19, 2009

AYAM LAMA! PEMINAT LAMA ???

Beberapa rakan lama hubungi SK dan bertanya 'apasal masuk gmbar aym lama ?' Jeng...jeng...jeng... (muzik saspen sikit!) Sebenarnya ada banyak aym peminat di Sabah yang cantik2 dn prnah mendpt tmpat bagus2 dlm prtandingan dulu2. Tapi gmbar aym tu tak sempat tersiar di udara dn di dalm talian internet. Jadi awal2 ni, Din cuma bagi masuk gmbar aym dulu2. Lepas ni Din cuba bagi masuk gmbar peminat dn penternak dulu2 pulak. Kwn2 yg pernah mengenali SK ( lebih tepat lagi, yg prnah bergmbar dgn SK ) jngan terkejut kalau gmbar terpampang di dlm blog ini tau!

SK akan paparkan gmbar ayam, gmbar reban dn rakan peminat/pnternak dari seluruh Malaysia yg prnah SK kenali atau kunjungi. Tungguuu........!

Friday, July 17, 2009

Ayam Kawan!


Setakat yang SK tahu, ayam ni masih wujud tapi dah masuk usia emas! Asalnya dibeli dari trengganu melalui sorang penternak di sana. Dari jenis baka Maliki dan agak galak! Milik saudara Rusdi dari Kota Kinabalu.
Tak tahulah pulak bagaiman rupa anak cucu ayam ni...

Thursday, July 9, 2009

JUARA MUDA PAPAR 2009


Juara Muda Pertandingan Kecantikan Serama Terbuka Papar 2009 yang telah diadakan pada 14hb Jun 2009 lalu.
Pemilik ayam ni ialah saudara Herman dari Kg. Tebobon, Kota Kinabalu. Ayam dia ni istimewa sebab tinggal dalam bilik sewa (bawah rumah) yang dijadikan ruang pemeliharaan...
Special gitu!
SK - Teringin nak dapat ayam cantik!

Saturday, July 4, 2009

Tinggal Kenangan jer...



Ayam ni SK dapat daripada seorang penternak yang berpengalaman kat Lembah Kelang. Secara perlahan-lahan potensinya mulai nampak. Sayang sekali pada di usia remaja, ia pergi menyahut seruan Ilahi!



SK bagi nama Rinting Sakti, tapi tak sempat pun menunjukkan kesaktiannya.

Hehehe....


Yang ini pulak adalah milik seorang kawan kat Putatan, Kota Kinabalu. Ayam ni pernah menjadi juara beberapa kategori semasa hidupnya. Anak cucu keturunannya pun sekarang ni ada yang menjadi... tapi kebanyakkannya ada kat tangan orang lain dah!

Kepada orang-orang lama serama kat Sabah khususnya sekitar Kota Kinabalu, marilah sama2 meriahkan kembali hobi yang unik ini.

Aramaiiiiiti !

SK



Pertandingan Serama Terbuka Tuaran 2009

Salam perpaduan buat semua...

Insya'allah jika tiada aral melintang, pada 26hb Julai akan datang, satu pertandingan seni kecantikan Serama akan diadakan di Gelangang Bola Keranjang, Padang Bandaran, Tuaran. Kategori yang dicadangkan ialah Anak A & B, Remaja, ABS, Induk dan Serama A & B. Boleh dikatakan inilah julung kali pertandingan serama diadakan di daerah ini, sejak zaman kemalapan hobi ini di Sabah beberapa tahun lalu.

Dengan itu, akan bertambahlah lagi bilangan pertandingan yang sebelum ini hanya dianjurkan di daerah Papar, Kota Belud dan Kota Kinabalu. SK mewakili penganjur mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan peminat seluruh Sabah, sekitar Lawas dan Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam. Soal kalah menang memang penting, tapi di samping tu dapat membina hubungan rapat antara peminat serta dapat membantu mempopularkan lagi hobi ini. Barulah lebih ramai akan membela serama... market pun lebih meluas!



Gambar ni adalah gadis-gadis atau kat sini dipanggil 'Sumandak' keturunan Lotud yang merupakan penduduk tempatan dari etnik KadazanDusun yang paling ramai di daerah Tuaran. Perhatikan pakaian tradisi yang digunakan. Kat atas kepala tu, ada hiasan (head gear) yang diperbuat daripada bulu ayam... tapi rasanya bukan daripada bulu serama!

Senyuman manis menanti kedatangan anda. Datanglah beramai-ramai. Kebetulan hari Ahad kat pekan ni ada pasar Tamu.


Datang... jangan tak datang !

SK.

Friday, July 3, 2009

Serama Pertamaku!


Pengalaman SK mulai jatuh hati pada spesies serama ni ialah pada tahun 2001. Satu petang SK ketika sedang menonton rancangan TV 'Asia Hebat' dipaparkan tentang ayam serama. Dalam rancangan itu dipaparkan ayam serama ( cutting dulu-dulu... ) termasuklah temubual bersama Pak Hussin Kijang dan beberapa penternak di Kelantan. Dipendekkan citer, SK pun mula mencari dan terjumpalah ayam yang ditulis kat tepi kurungan ' Serama untuk dijual' di sebuah pasar tamu di daerah Tawau.


Rupa-rupanya yang SK beli tu, adalah AYAM KAPAN. Sehinggalah SK melayari internet dan terbaca dan melihat gambar-gambar serama terutamanya baka Husin 2000 dan Mat Awang. Pada tahun 2004, akhirnya SK berkenalan dan selepas tu berurusan melalui emel dan sms dengan seorang penggiat serama dari K.Trengganu. Akhirnya dapatlah SK terbangkan sepasang serama yang dikatakan baka tiga darah ( Mat Awang ). Inilah serama pertamaku...di beri nama Sri Kuningan. Ayam ni dah takda. Dengan SK sekarang cuma ada sekor anak jantannya. Kat kawan masih ada lagi cucu dan mungkin juga cicitnya. Tapi dah lama sangat SK tak jenguk reban diorang.
p/s: Pada otai-otai, apa komen tentang ayam baka Mat Awang ni?
Baguss bah!

SALAM PERPADUAN!

Salam perkenalan & salam perpaduan kepada pengunjung blog ini. Diharapkan menerusi blog ini, SK dapat berkongsi pelbagai maklumat khususnya yang berkaitan dengan negeri Sabah amnya, apatah lagi berkaitan hobi ber'serama' khususnya.

SK amat mengharapkan rakan-rakan seluruh negara dapat mengunjungi ruangan ini untuk sama-sama berkongsi pandangan, komen ataupun informasi yang boleh dimanfaatkan oleh para pencinta serama.

Kalau ada kekurangan atau kelemahan yang terdapat kat sini, mohon dimaafkan. Maklumlah budak baru belajarlah katakan. Cadangan dan teguran adalah dialu-alukan.

Alap bana bah!

SK.